Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 21 March 2012

Usaha kehamilan semulajadi


Bagi memastikan sesuatu pasangan mempunyai peluang yang lebih baik untuk hamil, mereka mestilah memahami bagaimana proses kehamilan berlaku dan kemudiannya membantu bagi memastikan proses itu berlaku lebih baik.

Kehamilan berlaku apabila sperma bergabung dengan telor, dengan itu kedua-duanya mesti hadir pada masa yang sama. Oleh itu adalah penting bagi pasangan tersebut bagi melakukan hubungan intim ketika kemungkinan ini berlaku paling tinggi.

Usaha bagi pihak lelaki

Sperma dihasilkan secara berterusan dalam sistem pembiakan jantan. Bagaimanapun, sperma dan air mani bukanlah benda yang sama, contoh sekiranya anda melakukan hubungan intim setiap hari, bilangan sperma dalam air mani mungkin berkurangan. Dengan itu anda mungkin ingin mengelak hubungan intim 2 - 3 hari sebelum mencuba. Elakkan juga dari menggunakan tangan.

Penyakit boleh menyebabkan kualiti dan kuantiti sperma terjejas dan mungkin berlakunya pengurangan bilangan sperma untuk sementara. Oleh itu sekiranya pihak lelaki sakit, anda mungkin ingin melewatkan usaha sehingga kitaran berikutnya.

Merokok, dadah, minum alkohol, dan pendedahan kepada kimia toksid (contoh racun serangga) kesemuanya boleh mengurangkan bilangan sperma. Anda mungkin ingin menjauhi kesemua aktiviti tersebut dua minggu hingga sebulan bagi memastikan kesemuan bahan tersebut disingkirkan dari badan sebelum mencuba.

Sebarang jenis tekanan, bukan sahaja haba turut memberi kesan kepada penghasilan sperma dan mengurangkan bilangan sperma. Tekanan perasaan turut dikaitkan dengan bilangan sperma yang rendah. Anda mungkin ingin mencuba teknik menenangkan diri bagi mengurangkan tekanan.

Senaman secara tetap dan mengekalkan berat badan yang sihat adalah dua pertukaran gaya hidup yang boleh membantu bilangan sperma.

Sekiranya anda bimbangkan memiliki bilangan sperma rendah, anda boleh berjumpa doktor atau menggunakan kit analisa sperma di rumah (jika ada) bagi memeriksa kepekatan sperma anda.

Usaha bagi pihak wanita

Anda perlu menjalani hubungan intim 1 – 2 hari sebelum tempoh ovulasi. Pada kebanyakan masa dalam sebulan, sperma terbunuh dengan cepatnya. Ia mendapat sedikit perlindungan dari cecair seminal yang menyelitupinya, tetapi ia terlalu lemah bagi berenang melepasi lendir faraj yang pekat dan berasid. Hanya sekali dalam sebulan tubuh wanita membantu sperma lepas masuk dengan menghasilkan lendir yang jernih, melekit yang baik bagi sperma berenang melepasinya. Ini berlaku semasa ovulasi, apabila tubuh mahukan sperma berjaya. 

Terdapat banyak laman yang membantu memastikan tempoh ovulasi.

Tekanan perasaan turut dikaitkan dengan gangguan haid dan ovulasi. Anda mungkin ingin mencuba teknik menenangkan diri bagi mengurangkan tekanan bagi memastikan ovulasi anda berada dalam keadaan biasa.

Wanita perlu memastikan bahawa mereka dalam keadaan fasa ovulasi. Ovulasi berlaku apabila telor matang dibebaskan dari ovari, memasuki tiub fallopian, dan sedia untuk persenyawaan. Telor mampu hidup selama 12 - 24 jam selepas meninggalkan ovari. Biasanya hanya satu telor dibebaskan setiap kali berlakunya ovulasi. Ovulasi boleh terjejas akibat tekanan, penyakit, atau gangguan kepada rutin harian (seperti berpindah rumah dsb.).

Sperma mampu hidup antara 5 - 7 selepas hubungan intim dalam tubuh wanita dan ia mungkin bagi melakukan hubungan intim sebelum ovulasi dan bukannya semasa ovulasi dan masih mengandung.


Merokok, dadah, minum alkohol, dan pendedahan kepada kimia toksid (contoh racun serangga) kesemuanya boleh mengurangkan peluang kehamilan. Anda mungkin ingin menjauhi perkara tersebut semasa tempoh cuba mengandung. Wanita juga tidak digalakkan mengambil minuman berkafien semasa tempoh cuba dan sedang mengandung.



No comments:

Post a Comment