Daisypath Anniversary tickers

Thursday 7 November 2013

Contact Number *Updated*

I will update this as I am asking her permission to publish her number.

Sabar ya sayang-sayang semua.

------------------------------------------------------------------------------------

I am so sorry for delaying this important information. Permission needed before the reveal.

Just like JayFarhana, I would like to stress out a few rules before I can give you the number. Bukan nak susahkan semua, just kita kembalikan diri kepada Allah Yang Maha Esa. Semua ini adalah kehendak-Nya. Ingatlah, bahawasanya HIDUP ini sebenarnya adalah UJIAN.

Saya bersyukur kerana melalui 'sharing' saya tempohari telah membuka hati rakan-rakan sekalian. Bukan saya yang menggerakkan hati semua, hanya Allah lah yang berkuasa. Semua ini ada hikmah-Nya. Kita hanya perlu berfikir dan bersyukur.

Saya mohon kepada rakan-rakan, buatlah perkara-perkara ini dan patuhilah syarat ini.

Yang pertama, saya mohon semua, termasuk diri saya, untuk solat TAUBAT. Mohon keampunan dari Allah. Berdoa bersungguh-sungguh sampai menangis. Mohonlah keampunan dari Allah. Semoga kita dimudahkan untuk melakukan perkara ini.

Yang kedua, saya mohon semua, pohonlah restu dari SUAMI sebelum menjalani rawatan ini. Percayalah, restu suami sangatlah penting. Kalau boleh, selagi belum suami izinkan, selagi itu kita pujuk untuk benarkan. Biar suami isteri bersama-sama menjalani rawatan. Biar suami tengok kesungguhan isteri inginkan SIHAT zahir dan batin. Biar isteri melihat betapa bersungguh-sungguhnya cinta hati mereka menyokong usaha TTC ini.

Yang ketiga,  saya telah memohon kebenaran Makcik yang membantu kami. Cuma beliau memohon hanya Whatsapp sahaja kepada beliau. Tak perlu telefon, biarlah beliau yang tentukan. Bukan apa, takut-takut beliau sedang merawat dan panggilan kita mengganggu beliau yang sedang membantu orang.

Yang keempat, saya mohon agar semua berikan maklumat berikut kepada saya untuk saya sampaikan kepada beliau. Emailkan ya kepada tryingtoconceive2012@gmail.com.

1. Nama isteri
2. Nama suami
3. Nama ibu isteri
4. Nama ibu suami
5. Lokasi

Yang kelima, untuk makluman beliau tinggal di SHAH ALAM. Proses perubatan dilakukan di rumah 'pesakit'. Lagi bagus kalau ada en suite bathroom dalam bilik. Maksud saya, macam Master Bedroom kan ada bilik air dalam tu? Nanti beliau akan terangkan proses rawatan, cara, penyediaan bahan dan yuran.

Yang keenam, saya doakan agar usaha kita semua diberkati Allah serta dimudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat. Ameen.

Email ya. tryingtoconceive2012@gmail.com.

Tuesday 5 November 2013

Magnet

Something I learnt yesterday.

In order to succeed in life, you have to be a MAGNET.

Magnet - Menarik perkara-perkara yang kita mahukan.

Magnet keberkatan, magnet kebahagiaan, magnet kesihatan, magnet kekayaan dan magnet kejayaan. Di dunia dan akhirat.

Understand the M-A-G-N-E-T.

M - MATLAMAT/GOAL SETTING

A - ATTRACTION/ATTITUDE

G - GIGIH/GO GETTER

N - NETWORK

E - ELMU/EMOTION

T - TINDAKAN & TAWAKAL

Thursday 24 October 2013

Rendang New Chef

I am so lucky today. Asked my husband to cook Rendang Ayam and he agreed. Yeay.

I cuma perlu siapkan bahan aje. Simple. Bawang merah, serai, halia dan kunyit dikisar.

Kemudian masukkan 2-3 sudu cili kisar. Masukkan ayam. Baru nyalakan api.

Biar sampai ayam kering, maksudnya macam masak. Baru masukkan santan.

Hampir kering baru masukkan garam, gula dan kerisik.

Very simple. Kenapa I blog kan?

Nanti senang kalau Chef Husband masak lagi di masa hadapan.

Hihi. Pasti sedap. Insyaallah ;)

Tuesday 22 October 2013

New Discovery

I found a new great discovery.

My husband can COOK. In fact, he is wayyy better than me. Ever since my episode of fever and one month anniversary of alternative treatment, he resumes the duty of cook.

This year, for Eidul Adha, we did the 'korban'. For every peserta, they will get one part of organ dalaman, one part of ribs (yummeh) and meat. The meat will depend on the total of daging divided by three.

So, my mum helped me to pressure-cooked the ribs. Well she knows her daughter well. Husband pulak dah tak sabar nak makan. And I can't cook. So dia volunteer untuk memasak dengan syarat I teach him.

Simple Sup Tulang aje. Tumbuk bawang dan halia. Ketul Serai. Then tumis kayu manis, buah pelaga 5 biji, bunga lawang 1 kuntum dan bunga cengkih 3 kuntum. Masukkan bawang dan halia. Serai. Tumis sampai naik bau. Masukkan air. Biar mendidih. Then masukkan tulang yang telah direbus. Biarkan mereneh on small fire. Dalam 20-30 minit. Then only masukkan garam. Masukkan tomato 2-3 biji yang dibelah 4. Masukkan celery kalau suka.

But, my husband The Chef, kata tawar lepas masukkan garam. And he asked my opinion in putting Kiub Lembu Knorr. Bila dah masukkan, again rasa. Dia cakap "Barulah sedap". Haha.

I only ate the soup for dinner. Tetapi, dah tinggal 3 ketul aje. Untuk share berdua. Merajuk I.

Drama Queen- "Abang tak ingat kat ayang ke masa lunch tadi?"

Jawapan dia "Lapar lunch tadi. Sedap pulak Sup ni. Tu yang tambah banyak kali tu".

But memang way better than what I cooked. Lepas fever tu, I did cooked Kuah Lodeh for Eid. tapi tak jadi. Cair sikit. Rasa pun out walaupun my family ate it like beria-ria.

Cooked Sup Tulang 2 periuk kenduri untuk lunch di Institut Tahfiz SABA, the place where the korban was held. Okaylah.

This morning, husband goreng ayam. Tapi I lari masuk bilik. Cannot stand the smell of ayam goreng.

Officially, husband  is the CHEF in our house. Breakfast, Lunch and Dinner.

Lepas ni nak ajar dia masak Lemak Kuning Ikan Terubuk Masin. Hihi. Wish me luck.

Saturday 12 October 2013

One month

One month has passed since I did the alternative treatment.

Alhamdulillah.  Getting better. Dah kurang rasa penat. Dah boleh start buat kerja dapur. Kerja rumah.

Cuma kena tahu limit. Kalau dah penat, jangan overdo. Nanti macam nak pitam.

Satu je belum boleh lagi. Bau tumisan tu tak boleh lagi. Tried this morning masak nasi goreng. Dari awal dah tutup hidung. Half way husband take over. Daku masuk bilik tutup pintu baring atas katil. But he's happy dapat makan homecook food.

I have to lebih banyak buat amalan yang dekatkan diri dengan Allah. Zikir. Solat awal waktu. Bangun malam solat sunat. Bersedekah.

Sebab ada rasa ada rasa macam qorin tu cuba untuk ganggu I lagi. Macam mana I tau? I leka. Kadang solat pun dah nak akhir waktu. Zikir pun tak konsisten.

Semoga Allah mengampunkan dosa dan memudahkan semua urusan kita. Ameen.

Monday 7 October 2013

Qorin

First time dengar. So buat research. Ini yang paling mudah difahami.

Jin Qorin Si Pendamping Manusia

Siapa itu Qorin?

Qorin adalah jin yang ditugasi untuk mendampingi setiap manusia dengan tugas menggoda dan menyesatkannya. Karena itu, qorin termasuk setan dari kalangan jin.
Syaikh Ibnu Utsaimin ditanya, “Apa itu qorin?” Beliau menjawab, “Qorin adalah setan yang ditugasi untuk menyesatkan manusia dengan izin Allah. Dia bertugas memerintahkan kemungkaran dan mencegah yang ma’ruf.

I heard this from makcik urut tu. She told me yang Qorin dalam badan i ni banyak yang Qorin JAHAT. 
That's why I kena mandi bunga ++. Yang ++ tu adalah air 7 masjid. Air Yaasin. Air wangi. 
Sebelum mandi, makcik minta kami berdua berdoa bersungguh-sungguh. I berdoa sampai menangis. Mohon dengan serendah-rendahnya diri kepada Yang Maha Esa.
Selepas mandi bunga tu, I looked into the mirror and saw my face glowing. Nampak muda hehe.
Makcik kata sebab Qorin Jahat tu, I looked older. Sebab hati tak bersih. Yelah, tengok maksud Qorin itu sendiri. Memerintahkan kemungkaran. Scary dowh.
Mandi bunga ni, selain menaikkan seri, adalah untuk melihat urat mengandung. First time dengar. Kalau urat tu timbul, insya allah ada rezeki.
Banyak kali makcik kata, minta pada Allah. DIA yang MAHA Berkuasa. Makcik ni hanyalah sebagai usaha. Dengan izin Allah. Bukan makcik yang buat kamu mengandung. 
I don't know. Dengan makcik ni sangat selesa. And I really felt yang dia betul-betul ikhlas membantu.
But one thing yang dia beritahu tentang I tapi macam tak percaya je.

She told me yang I ni sangat baik hati. Er...ye ke makcik?

Sunday 6 October 2013

Motivator

It has been three weeks. Three weeks after we finished the treatment.

I feel better now. No throbbing headache, no more demam panas. Only feeling lethargic. Lesu letih tak bermaya. Boleh dahlah naik office first floor tapi bila tiba atas tu kena stop dulu. Not because of short breath tapi pening sampai nak pitam.

Boleh buat kerja, but not too fast. Buat satu, break and relax kejap. Then sambung balik. It has been that way.

Today, we went to my office. Kena pindah bilik so the admin group dah tolong transfer most of my big things macam computer, files and small racks.

I just had to transfer old files and project files. Mana yang tak muat kena masuk storage. So I brought along my husband. Orang kuat I. Hihi.

Actually,  we do great things if we do it together. So sangatlah mudah penghijrahan tadi. Store yang padat tu pun boleh kami kemaskan sedikit untuk masukkan fail-fail lama.

Tadi pun sebenarnya terasa lelah dan lembik sebab tak kuat. But my husband cakap "Ayang kena lawan yang. Kena kuat". So I did just that.  Rest untuk minum air je and continued the kemas and susun thingy.

Selama I sakit dan in recovery period, my hubby tak pernah sebut apa-apa pun. Apa yang I minta tolong, semua dia buatkan. Buatkan air bila I don't have any selera to eat. Sidaikan baju even though I cakap I nak sidai. Basuh toilets without me asking him. Syukur sangat pada Allah.

So when he asked me to be strong, I just did. Alhamdulillah sangat.

I dah boleh basuh pinggan. Dah larat nak buat air dan hidang foods on the table.

He is my motivator. My mentor. My best friend. My partner in life. My partner in our business.

Thank you Allah! 

Sunday 29 September 2013

Sesi Ke-3 Perawatan Perubatan Islam

Alhamdulillah.  Sesi ke-3. Final session. 

A bit worried sebab kalau demam tak boleh buat. Demam dah takde, only stamina takde. Everything I have to ask hubby's help. Semangat ada tapi kudrat tiada huhu.

For this session,  perlukan 3 baju lama yang perlu dipakai semasa tidur. I cari baju yang memang nak buang tapi sayang. Hihi.

Then 3 helai kain batik yang baru. Bought it at Mydin. Kain batik 1Malaysia yang berharga RM9.90 sahaja.

And ice. I bought kat kedai runcit. RM0.50 je tapi sebab baldi kecil, sejuk masih terasa.

So start dengan mandi ais campur air campur bunga. Sedap jugaklah walaupun makcik tu kata kena tahan walau sejuk. 

After that urut time. Sedap urutan dia.

Bekalan air penawar.

Tamat. After 3 months kalau belum pregnant, start balik treatment ni. 

Sekarang is the time to berdoa. Dah berusaha now bertawakal kepada Allah.

Semoga usaha I dan rakan-rakan TTC lain dimudahkan Allah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Ameen. 

Wednesday 25 September 2013

I Love You Guys...er Girls

I really love you readers.

Especially yang tinggalkan komen. But I do apologize sebab kadang-kadang tak reply.

Sebabnya, bila visit this blog,  I am more interested with other blogs update.

Dah visit blog terus switch to FB, Insta and Tweeter.  Tak perasan pun komen.

Kalau guna laptop, I will immediately reply sebab senang nak login and everything.  If using smartphone,  er......

Lupa password :). So boleh baca aje, can't comment.

So sorry ladies. I am really glad you read my postings. Hope you get something from it.

Bila banyak comments ni kan, rupanya buat kan kita bersemangat untuk post entry lagi. Hence inilah dia.

Thanks for reading. Take care.

And comment *wink wink.  Hihi.

Monday 23 September 2013

Sesi ke-2 Perawatan Perubatan Islam

After a week of high fever and headache, I really couldn't wait to meet makcik urut.

I was hoping she can get rid of my sakit-kepala-yang berdenyut-macam-dicucuk-jarum.

Oh on Friday, I went to our panel clinic to get it checked out. The fever were still a bit high. Maybe that's why I am suffering a bad case of headache.

My blood pressure was high-140/100. Doctor said whether the headache is the result of the high BP or the headache made my blood go upstairs.  Anyhooo, got mc. Balik. Tidur. Painkillers every 6 hours.

Saturday came. She came. This time it is only URUT. Sedapnya badan yang yang tengah tak sedap ni diurut. Lama betul dia urut di kepala. Alhamdulillah.  Sakit kepala starts to subside. Dapat air penawar with a reminder. Jangan putus minum air penawar. Solat. Zikir. 

Sunday I was better. Cuma asyik nak tidur aje. Makan very minimal aje. Selera kurang. Nasi only for dinner. 5 suap lebih kurang. Hubby beli ikut selera I. Biasanya sup la. 

Pick my sister at KLIA. Visit my parents. My mom comment yang I dah loose weight.  5kgs ma. Hilang sebab demam. Alhamdulillah. 

Today I was EL. Again. Sebab tak larat. Nak tidur je. Huhu. Malam tadi pick-up air penawar lagi. She gave me 7 bottles.  Hihi.

Depending on my health, the treatment will suit it. If I am well, she will proceed with the last procedure.  If not, urut je kot. I don't know. 

Redha. Insyaallah. Ameen. 

Thursday 19 September 2013

Perawatan Perubatan Islam

I don't know where to start the story. Sebab I pun tak tau mana pangkalnya. But I will try to jot it down as a memorable experience for us.

Since early last week whenever I am seated at my desk at office, I will make sure I played the AYAT MANZIL DAN SHIFA' CD. Atleast once per day.

And I would continue with Qasidah Burdah & Mawlid by Habib Assegaf. I really love his voice. Superb. That 'song' will be played at least twice a day.

Qasidah Burdah is an ode of praise to our beloved Prophet Muhammad SAW. It is a prayer to Allah to solve problems by praising kekasih-Nya. Bila kita dengar, memang ada banyak doa dalam tu.

Habib shared yang di Indonesia, pernah tanaman petani dilanda sejenis penyakit yang disebabkan oleh belalang. Maka mereka pun bersyair dengan Qasidah Burdah ini disekeliling tanaman mereka dan belum habis pun ayat-ayat Burdah dibacakan, belalang semua telah terbang dan tanaman petani terselamat.

So, last week pun happened yang mana my mom 'forced' me to call a makcik urut that had helped her friend's daughter-in-law. Mula-mula memang malas betul nak call. Sebab takde bajet ;). Dan sort of malas. She really forced me! So I pun just called her and made an appointment on Saturday 14 September 2013.

We kept communicating through sms and I was really reluctant for the appointment. Even on the day itself, dalam hati siap cakap "Kalau tak jadi pun takpe lah". The meeting was set at 10.00am but she was late and dragged it to nearly 12.00 noon. Dengan sesat lagi sampai kena pick-up.

Masuk je rumah terus masuk bilik untuk start. Makcik terangkan prosedur. Dia kata kena kuatkan semangat sebab bila kita sedang menuju ke arah kebaikan, syaitan akan bisikkan pada kita kata-kata seperti "tak payahlah", "membazir je", "boleh percaya ke?". Sebab biasanya bila kita start new treatment, kita banyak berserah diri pada Allah. Sebab kita tahu hanya DIA yang Maha Pemberi. So syaitan ni akan keep on kacau kita. Now I understand. Dulu, bila start treatment, kadang halfway je I dah stop. Sebab macam takde hasil. Betapa berdosanya I sebab mengikut nafsu sendiri.

Bila kita start mula malas dalam treatment, or starting to giving up, kita kena ingat, itu adalah NAFSU. Iaitu bisikan syaitan. So kita kena LAWAN NAFSU tu.

She told me the treatment will be in 3 stages. Minggu pertama ini kena mandi bunga. Hehe. Supaya senang nampak urat mengandung. Never knew it exist. Then urut. This time hubby pun disarankan mandi bunga juga. Untuk relaks badan. Sebab both of us ni badan penat sangat. So dengan mandi bunga ini, insyaallah dapat menenangkan kami berdua.

Lepas mandi memang relaks. Seri muka. Tenang.

Then urut. Simple urut je. Points yang berkaitan sahaja. She showed hubby the urat mengandung. And apa entah. Sebab I tutup mata.

So ada 2 lagi sesi. Urut je kot. But no mandi bunga.

Tapi......

Kesan dia fuh....Healing crisis antaranya:

1. Demam panas.
- Pakai Super Cool Fever tu 2 jam je dah kering
- Air memang kena minum. Terasa dry betul badan
- Tapi berselubung dengan comforter 'panas'.

2. Sakit kepala
- Twinges. Berdenyut bila something terkena kepala. Contoh telekung. Tangan hubby. Bergerak sikit pun berdenyut

3. Mata perit
- Sebab demam panas.

4. Sakit badan
- The whole body.

Sebabnya badan ini sudah penat sangat. Huhu.

What I did masa crisis ni?

1. Minum loads  of water. Sirap. Milo. As long as you drink.
2. Sabar. Sangat perlu. 
3. Berzikir. Bila nak sebut "aaadxx", terus tukar kepada Allah.
4. Tidur.
5. Dengar Qasidah Burdah selalu. Like 24 hours.
6. Bersyukur. Setelah banyak nikmat Allah beri, bila DIA tarik satu nikmat, takkan kita nak merungut tak puas hati kan?

Dosa-dosa I ni banyak. Hubby pun. So Allah gave us this situation dan kami berdoa agar dosa-dosa kami diampunkan Allah. Ameen.

Hubby memang my ultimate supporter. Dia yang buat semua. Alhamdulillah. 

So friends, JANGAN PUTUS ASA. Kita kena cari penyelesaian kepada situasi TTC kita ini BUT dengan memohon petunjuk dari Allah. Hanya DIA yang Maha Mengetahui. Kita ini hamba-Nya yang tidak ada apa-apa upaya pun. Nak kelip mata, kalau Allah tak izinkan, memang tak boleh kelip.

This situation really 'mengajar' us especially me. I dulu sombong dengan Allah. Huhu. Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk bertaubat.

Take care.

Wednesday 4 September 2013

Everything happened for a reason

A King had a male servant who, in all circumstances always said to him; My king, do not be discouraged because everything Allah does is perfect, no mistakes.

One day, they went hunting and a wild animal attacked the king, the servant managed to kill the animal but couldn't prevent his majesty from losing a finger. 

Furious and without showing gratitude, the King said; if Allah was good, I would not have been attacked and lost one finger. 

The servant replied;  Despite all these things, I can only tell you that Allah is good and everything He does is perfect, He is never and will never be wrong. 

Outraged by the response, the king ordered the arrest of his servant.

Later, he left for another hunt and was captured by savages who use human beings for sacrifice. 

In the altar, the savages found out that the king didn't have one finger in place, he was released because he was considered not "complete" to be offered to the Gods.

On his return to the palace, he authorized the release of his servant and said; My friend, Allah was really good to me. 

I was almost killed but for lack of a single finger I was let go. But I have a question; If Allah is so good, why did He allow me to put you in jail?

He replied; My king, if I had gone with you, I would have been sacrificed because I have no missing finger.

Everything Allah does is perfect, He is never wrong. 

Often we complain about life, and the negative things that happen to us forgetting that nothing is random, and that everything has a purpose. 

Allah knows why he chose you to receive this message today, please bless someone with it by sharing it.

Everything happens for a reason, things do happen for our own Good. 

Allah is Great..

Tuesday 20 August 2013

Aidilfitri 2013 dan TTC

Tahun ke-enam kami meyambut bersama.

Seperti entry sebelum ini, kami praktikkan bersama. Yang paling best, soalan tajam tu semakin berkurangan la. Sebab saya tak fikirkan apa-apa tentang zuriat tu.

Kami niatkan Aidilfitri kali ini adalah masa untuk silaturrahim. Maka sepanjang beraya di Muar, memang padat jadual kami.

Sepatutnya kami bertolak ke Muar pada Selasa malam selepas berbuka, namun hubby yang keletihan menunda waktu balik kepada hari Rabu. Eloklah pun, sebabnya tak habis packing dan belum siap menggosok baju lagi ;)

Perjalanan dimulakan jam 9.30am. Keluar rumah jam 8.30am tapi isi minyak. Kemudian check angin tayar. Suami bisnesman aka mekanik, mesti akan buat routine check sebelum perjalanan. Masukkan cash yang diterima semalamnya sebab nak tinggalkan rumah, taknak simpan cash banyak. Duit bisnes. Salah satu sebab hubby bekerja keras minggu akhir Ramadhan adalah kerana memberi peluang staff bercuti awal. Sambil tu kereta customer kena siapkan sebab semua nak balik raya. Itupun announce yang Rahim Auto telah mula bercuti dari hari Ahad lagi. Hehe. Kalau beraya di PJ, takpelah hubby kerja Rabu. Ini raya Muar, takkan nak balik malam raya kan..

Alhamdulillah, tak banyak kereta. Smooth journey. Siap singgah basuh kereta lagi di Sg Abong. Tu pun 1 jam menunggu, tapi bagus sebab sempat buat business discussion dengan hubby. Peliknya kami, susah sikit berbincang di rumah. Tapi kalau keluar, macam-macam idea kami dapat ;).

Tiba jam 1.30pm, terus jenguk dapur. Nampak mak tengah buat lepat pulut. Tak pernah tengok, makan dan buat. So cuba buat. Senang sikit sebab berdua. Saya lipatkan, hubby ikat. Hehehe. Tapi jadinya kecil sebab daun kelapa kecil. Bangga tu dapat buat. Siap lepat, isikan beras dalam ketupat. By that time, chef utama dah tiba rumah. So kami naik bilik dan tidur ahaks.

Bangun tengok juadah berbuka dah siap, dan chef kedua pun dah tiba. Lagi relaks la menantu ini.

Pagi raya bangun dan kejut hubby dan bersiap. Breakfast dengan minum air je katanya. Makan selepas solat raya. Tapi bila balik, kelam kabut nak makan sebab ipar duai nak beraya ke rumah Nyayi. Tapi terlupa yang orang Jawa akan hidangkan juadah raya pada tetamu. Rumah pertama jamah lepat pulut yang Nyayi buat. Rumah kedua makan soto. Sedapnya. Rumah ketiga, minum air je. Balik abang kakak yang sulung datang menziarah. Depa balik, kami pun tidur. Hehe

Petang raya pertama sempat ke Giant Muar. Hajat suami belikan vacuum cleaner untuk mak. Yang bestnya, warna vacuum tu sedondon dengan baju raya kami ;).

Malam beraya ke rumah Abang Long Kak Long.

Second day, relaks sebab suami mau ke solat Jumaat. Petang dan malam baru beraya. Rumah Cik Man, Wak Bajeng. Malam ke Rumah Nyayi Ami dan Nyayi Nab. Kali terakhir jumpa Nyayi Nab kerana Hari Selasa (Raya ke-6) Nyayi Nab meninggal dunia.

Third day memang khusus ke Batu Pahat. Wakil mak ayah ziarah yang lebih tua. So ke rumah Cik Molly sepupu mak, rumah Farlin di Kg Istana dan ke Simpang Lima rumah Tok Uda dan Mak tok. Singgah rumah Pak Long Ali sepupu mak tapi rumahnya kosong. Malam tak beraya.

Fourth day hari yang ditunggu. Ke Melaka ziarah mentor kami. Dari Melaka kami ke Parit Raja, rumah kakak ipar sebab mereka belikan kami burung puyuh. Tapi bila balik KL, tinggal dalam freezer ;(

Raya ke lima dah balik KL. Sempat belikan durian, rambutan dan mee bandung untuk famili. Saje kasi meriah sebab dah tinggal kami dengan kembar hubby sahaja di rumah.

Memang kali ini banyak berjalan. Puas rasa hati.

Selamat Hari Raya. Semoga Allah mengampunkan semua dosa kita dan mengurniakan zuriat buat semua TTC. Ameen.

Friday 26 July 2013

Soalan biasa bagi mereka tetapi pedih bagi kita..terutama time Raya ni.

Terbaca di Facebook (Puan Noor Laila Aniza binti Zakaria). Semoga bermanfaat dan semoga Allah memudahkan semua urusan kita. Ameen.

************************************************************************************

Bismillah...untuk mereka yang telah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat~

1) Alhamdulillah...saya ingin katakan...bersangka baiklah pada Allah..bersangka baiklah pada Allah...bersangka baiklah pada Allah...

*Nota - Allah knows best!

2) Allah Maha Baik....

3) Buatlah sujud syukur(google cara buat sujud syukur)& syukurlah kerana masih belum diberikan anak. Nabi pesan formula untuk ditambahkan nikmat adalah "Bilamana kamu diberikan nikmat yang sedikit, kamu bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat itu" 

*Nota - Syukur. Cari apa yang Allah berikan pada kita.

4) Mengapa Dia masih belum beri anak? Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu-KERANA DIA MAHA BAIK!

5) Jangan fokus kenapa masih tak diberikan anak, tetapi fokuslah untuk hidup dalam sentiasa memuji Allah tanpa henti 24jam/7 hari/siang malam


*Nota - What you focus will expand! Lagi fokus pada takde zuriat, lagi takde zuriat.

6) Buang semua perasaan sedih

7) Berlapang dada & senyum selalu
Jadilah insan paling bahagia tanpa anak..Kerana itu kehendak Allah yang menciptakan kita~Siapa kita untuk melawan kehendak Allah?

9) Atas segala usaha & doa,DIA masih memilih kita untuk tidak dikurniakan anak. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada saat & ketika ini

10) Usah kita bimbang dan risau hidup tanpa zuriat, atau putus keturunan

11) Usah merungut mengapa sampai sekarang belum dapat anak kerana itu bermakna kita komplen Allah

12) Teruskan usaha bersungguh-sungguh & jangan jemu selagi kita mampu & mahu

13) Tiap kali 'bersama', 'bersama' dengan penuh rasa ghairah & cinta, bersungguh-sungguh dari hati untuk cari redho Allah & doa & yakin Allah akan beri zuriat dari 'hubungan' ini.TIAP-TIAP KALI BUKAN PADA WAKTU SUBUR SAHAJA. Sungguh kita tidak tahu, bila Allah mengatakan 'kun faya kun..'

14) Usah 'bersama' dalam keadaan tidak ada semangat atau bersama dalam keadaan putus asa dan anggap kita takkan dapat anak pun sebab dah banyak kali cuba..Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya..begitu kita sangka, begitulah hasilnya. Teruskan mencipta sangkaan-sangkaan yang baik

15) Untuk seorang isteri, berbahagialah kerana isteri-isteri Nabi juga tidak memberikan Rasulullah ank kecuali Saidatina Khadijah & Mariah. 

16) Jangan salah menyalahkan pasangan. Jika kita mahu hidup dengannya, teruskan dengan redho, hormati & sayangi dia. Jika tidak mahu lagi bersama, kita berbincang & cari jalan yang disepakati.

17) Banyakkan istighfar dan melakukan solat taubat kerana dengan taubat, Allah ampunkan dosa kita , angkat darjat kita dan luaskan rezeki kita

18) Banyakkan sedekah kerana dengan sedekah menyucikan jasad dan hati dan membuka luas ruang-ruang rezeki yang tidak disangka-disangka

19) Puji Allah sentiasa & syukur banyak-banyak kerana tidak diberikan anak pada waktu ini
Syukur bererti kita menerima dengan lapang dada, kita senyum dan rasa bahagia kerana kita tahu Allah memperlakukan kita dengan sangat baik

20) Suami & isteri kena satu fikir. Tiap kali bangun pagi, sama-sama ucapkan, "kita dapat anak kandung tahun depan 2014" .Ucap tiap-tiap hari dengan tarik nafas, senyum dan yakin

21) Tuliskan di atas kertas besar dan lekat pada dinding atau mana-mana kawasan yang senang untuk kita lihat -tulis "kami akan dapat anak kandung pada tahun 2014". "saya akan hamil pada 2014" atau apa sahaja ayat pendek yang TIAP-TIAP HARI mata kita boleh melihat, mulut kita boleh menyebut, telinga kita boleh mendengar, masuk dalam otak kita, sampai pada hati kita dan semua kenyataan-kenyataan itu akan diproses dalam sistem badan kita

22) Konsisten makan makananan sunnah, madu, kurma, susu, kismis, buah tin,minyak zaitun, dan tiap kali makan, niatkan "kami(suami isteri) makan ikut apa yang nabi makan, tolonglah ya allah berkati makanan ini dan hasilkanlah darinya pada tubuh kami zuriat yang soleh dan solehah"

23) Jumpa doktor dan ikut nasihat doktor sungguh-sungguh bukan separuh jalan atau ala kadar

24) Jangan kedekut keluarkan duit untuk perbelanjaan rawatan

25) Mohon mak ayah dan adik-beradik konsisten buatkan solat hajat untuk kita. Seluruh ahli keluarga kena sepakat & rajin

26) Suami isteri buat solat taubat & solat hajat tiap-tiap hari jangan tinggal termasuk membaca yassin

27) Suami Isteri baca tiap hari surah Ibrahim ayat 40, surah furqan ayat 74 dan surah al-anbiyak 89 (rujuk tafsirnya sekali)

28) Tinggalkan semua kemaksiatan dan siap sedia sentiasa kerana bila-bila masa kita akan jadi ibu & ayah! :))

SELAMAT MENJADI IBU & AYAH BILA TIBA MASANYA~ SENYUM SELALU HIDUP INI INDAH!!!

****Orang sekeliling sibuk bertanya, dan telinga kita panas dan hati tersinggung. Untuk semua yang bernama masyarakat, pernah atau tidak kita mendoakan golongan ini untuk Allah kurniakan mereka zuriat atau kita hanya tahu mendesak dengan soalan. Sungguh kita melukakan hati mereka, Allah lebih-lebih lagi akan melukakan hati kita~

TAMBAHAN: Pernah seorang makcik ni, ketika anak sulungnya hampir berkahwin beberapa tahun yang lalu, dia mengadu, 'makcik tak sedia lagi nak timang cucu, makcik tak sedia lagi nak jadi tok, makcik muda lagi"- selepas anak sulungnya kahwin bertahun-tahun, tidak dapat anak walaupun adik-adiknya kahwin dan semua dikurniakan ank...ibu-ibu dan ayah2 tolong check perkataan jgn smpai jadi satu doa tanpa sedar & anak-anak tolong jumpa mak ayah risik-risik bertanya kalau-kalau pernah menyebut perkataan seumpama ini. Jika mungkin mak ayah kita dah terlupa atau menafikan, maka minta sahaja mereka sebut, " ya allah aku redho anakku ini diberikan zuriat dan aku mahu menjadi nenek/tok/opah kepada anak yg dikandungnya nanti...tolong ya Allah..."

Tuesday 23 July 2013

Ramadhan Kareem

Alhamdulillah, 14 days has passed. Cepat betul masa berlalu kali ini.

Masa awal bertekad nak masak sendiri. Hanya beli kuih-muih untuk berbuka kerana kami berbuka secara ringan sahaja.

Pilihan menu adalah roti john, murtabak, roti jala dan kuih-muih. Nasi berlauk memang pilihan utama untuk sahur.

Tapi bila berbual dengan ayahanda, beliau berkata Bulan Ramadhan adalah bulan sedekah. So share your wealth dengan peniaga Bazaar. Okay....kami cuba.

Tapi bila ke Bazaar, pilihan kami lebih tertumpu kepada penjual yang biasa, yang memang menjual di luar Ramadhan. Nasi Ambeng, Soto Jawa, Bakso, Mee Rebus, Roti John, Murtabak, Roti Jala dan kuih-muih. Yang lain belum berani. Lagipun selera lebih kepada menu di atas ;)

Kebetulan, hari Ahad lepas, ketiga-tiga gerai tidak berniaga dan oleh kerana telah berjanji dengan bonda untuk membelikan juadah berbuka, maka kami memberanikan diri untuk membeli juadah di gerai yang lain. Alhamdulillah, semuanya sedap. Mee hoon sup dengan sup yang sedap, Nasi Hujan Panas yang ayam merahnya pedas, Roti Jala dengan kuah kari ayam. Cuma Roti John sahaja yang kurang kena di tekak. Rasanya sos yang digunakan tu tak kena dengan selera.

Nampak macam banyak kan? But we only buy what we can eat. Selepas dua insiden kuih terpaksa dibuang (2-3 ketul), maka kami pilih untuk membeli 5 biji kuih sahaja berharga RM2.00. Sebelum ni tamak, beli sampai empat ringgit ;).

Lauk sahur mesti lauk home made. First week sahaja yang berkuah. Masak Gulai Ayam, Kari Ayam Kentang. Ayam Sambal. Second week Ayam Goreng dengan sayur dan Telur Dadar. Hehe. Masak jam 4.30am terus makan panas-panas.

Tarawikh kali ini saya buat di rumah dan hubby di Surau/Masjid. Bila di Shah Alam, di surau rumah kami, Bila berbuka di Petaling Jaya, Masjidlah pilihannya. Seronok cuma sejuk sebab penuh dengan air-cond.

Alhamdulillah. Semoga Ramadhan kali ini, Allah memakbulkan impian kami untuk memperolehi zuriat yang soleh dan solehah. Ameen.

Tuesday 25 June 2013

Kewajipan isteri satu je......

Para suami sekalian wajib baca!!

Kalau masyarakat memang amalkan budaya islam...rasanya mestt takde suami yg sanggup kahwin sampai 2,3...yelah mana nak masak lagi, kemas rumah, jaga anak...kalau 2,3?? huhuiii pastu kita tengok sape yg rajin berleter kat umah...! Jom..baca!


-------             ----------------                  ------------------------                   ---------------------         ------------

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Ingat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."

Wallahualam

dipetik dari alamsukma.blogspot.com

Monday 17 June 2013

Bukan Saje Saje Lah

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..


BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..


BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..



BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..



BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam 


KEADAAN sebegitu.. 




MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam 

bidang itu..



MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..



MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas 


membantu..


MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..






MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..

Friday 14 June 2013

Popularity Contest?

:: Leadership Isn’t a Popularity Contest :: by #robinsharma 

Here’s an idea that just might transform your entire career (and your life): Being a leader (and in my mind, every single one of us has an obligation to show leadership daily – regardless of title or position) isn’t about being liked. It’s about doing what’s right. 


So many leaders are afraid of conflict – they have a deep – seated need to be popular and cherished. They hate ruffling feathers and making waves. They are insecure and not so comfortable living in their own skin. 


But great leaders are different. They fearlessly make tough calls. They speak their truth. They run their own race, making the right decisions and worrying little about public opinion. They are courage in action.


I speak and write a lot about being caring and respectful to people. Treat your people well and they’ll treat your customers well. That’s a no – brainer.


Help people get to their goals and they’ll happily help you to get to yours. I’ll take that value to my grave. See the best in people and be the most compassionate person you know.


But being kind doesn’t mean being weak. Being a human doesn’t mean that you don’t need to be strong and courageous when required by the circumstances. Not once have I ever suggested that.


Extraordinary leadership is a balance between being tender yet tough, compassionate yet courageous, part saint and part warrior, friendly yet firm. 


All that the best leaders really care about is being fair, doing what’s right and getting results.


And that brings me to my gentle suggestion to you:


Do the right thing rather than doing the popular thing.


The best thing to do is generally the hardest thing to do.


Please remember that.


Make the tough decisions. Speak with candor.


Let underperformers know when they are underperforming. Tell your superstars how much you love them.


Just be real.


When you lead from a position of truth, justice, fairness and excellence, you’ll you’re your critics.


Who cares?


I’ve never seen a critic show up at a deathbed. My friend Dan Sheehan, who runs a great company called WinPlus out of Los Angeles that we’ve done leadership development work with, once shared this with me:


“Great people build monuments form the stones that their critics throw at them.” 


Nice point. Smart guy.


If I had listened to all my critics, I’d still be an unhappy lawyer locked to a desk. Thank God I didn’t.


Sunday 9 June 2013

9S? Apa tu?

Apa nak buat kalau belum berjaya?



Jika apa yang kita inginkan belum tercapai, apa yang anda patut buat? 

Ada 9S yang anda boleh buat! :-


1- Syukur


Bersyukur?? Ya! Bersyukur kerana prinsip bersyukur adalah, setiap apa yang kita syukuri akan membawa nikmat lebih banyak dari Allah swt.


2- Sedekah


Dah tak dapat lagi mahu sedekah? Ya! Sedekah! Sedekah adalah hikmah Allah swt untuk mengajar manusia menzahirkan kesyukuran. Sedekah sedikit ikut apa yang kita rasa suka. Berdoa juga berkat sedekah tersebut Allah swt akan sentiasa perbaiki hati kita, sangkaan kita dan membantu menguruskan seluruh urusan hajat kita.


3- Salam


Ya! Memberikan salam kepada setiap muslim lain yang kita jumpa samada kenal atau tidak! Salam membuka pintu rezeki kerana barangsiapa yang menyambung silaturrahim, Allah swt membuka pintu rezekinya. Salam juga adalah cara kita mendoaka kesejahteraan orang lain, barangsiapa yang mendoakan orang lain kebaikan, dia akan mendapat kembali kebaikan tersebut.


4- Senyum


Senyum? Susah ni! Tak capai matlamat! Tertekan dan kena senyum? Ya! Senyum adalah sedekah, sesiapa yang bersedekah, Allah swt akan memberikan dia lebih banyak lagi. Dan senyuman membuka pintu rezeki. Senyuman juga akan membantu kita fokus kepada apa yang baik di keliling kita dan itu penting, kerana apa yang kita fokus, itulah yang kita akan dapat. Bukankah Allah swt mengikut sangkaan hambaNya? 


5- Sujud


Ya! Lebih banyak ujian yang hadir, lagi banyak anda mahu capai tingkat seterusnya dalam hidup anda, lebih banyak sujud yang anda perlukan. Sujud di solat-solat wajib dan banyakkan sujud di solat-solat sunat seperti tahajud, dhuha, sebelum dan selepas solat fardhu, solat hajat, istikharah dan taubat setiap malam. Sujud adalah saat seseorang hamba paling hampir dengan Tuhannya. Waktu sujud terakhir adalah di antara saat doa paling makbul. Berapa banyak kita bersujud menentukan banyak perkara keberkatan dalam hidup kita. 



6- Selawat

Ini juga rahsia besar untuk mencapai segala hajat atau memperbaiki hidup dunia akhirat. Sudahkah anda berselawat 1,000x setiap hari? Jika tak mampu 100x? Mana nak dapat dengan setiap satu selawat kita, Allah swt dan malaikat balas balik 10x? Setiap doa kita akan didoakan semula 10 kali ganda! 


7- Sumbang


Berapa banyak anda menyumbang tenaga, masa dan apa yang anda mampu kepada membantu orang lain mengikut kebolehan dan kepakarwn anda? Orang yang memberi, sentiasa akan diberi semula lebih banyak dariNya. Itu hukum alam, the more you give, the more you get. Ilmu menjadi ikhlas adalah melakukan lebih banyak dari apa yang dibayar atau diperlukan. Terutamanya kepada orang yang paling hampir kepada kita. Suami, isteri, ibu bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, jiran dan ramai orang lain. 


8- Serah


Serah atau penyerahan; submit diri kita totally kepadaNya di dalam setiap tindakan kita. Minta Dia yang uruskan dan kita buat sebagai level manusia yang hanya mampu sekadarnya. Sebenarnya mana kita ada upaya menjadikan sesuatu. Kita hanya mampu Doa, Ikhtiar, Ilmu dapatkan dan tawakkal. Bila kita lakukan dengan penuh penyerahan, Dia tahulah nak aturkan terbaik untuk kita. 


9- Sabar


Sabar di dalam setiap situasi, cabaran atau ujian. Sabar dalam doa, usaha, sabar dalam muhasabah diri, sabar dalam memperbaiki diri, sabar dalam memahami kesilapa diri, sabar di dalam berdoa, sabar di dalam segala aspek. Maksud sabar bukan tunggu tapi maksudnya bertenang. Jika belum capai, teruskan buat dalam sabar. Bila kita tidak sabar, kita akan tercabar!

Wednesday 15 May 2013

Hidup Luar Biasa


Tuesday 14 May 2013

I love this!


Wednesday 1 May 2013

Write it Everyday



  • Writing helps you reflect on your life and changes you’re making. This is incredibly valuable, as often we do things without realizing why, or what effects these things are having on us.
  • Writing clarifies your thinking. Thoughts and feelings are nebulous happenings in our mind holes, but writing forces us to crystalize those thoughts and put them in a logical order.
  • Writing regularly makes you better at writing. And writing is a powerful skill to be good at in our digital age.
  • Writing for an audience (even if the audience is just one person) helps you to think from the perspective of the audience. That’s when the magic starts, because once you get into the reader’s mindset, you begin to understand readers and customers and colleagues and friends better. You have empathy and a wider understanding of the world.
  • Writing persuasively — to convince others of your point of view — helps you to get better at persuading people to change their minds. Many people don’t want to change their minds when they feel someone is attacking their position, so they get defensive and dig into their position.
  • Writing daily forces you to come up with new ideas regularly, and so that forces you to solve the very important problem of where to get ideas. What’s the answer to that problem? Ideas are everywhere! In the people you talk to, in your life experiments, in things you read online, in new ventures and magazines and films and music and novels. But when you write regularly, your eyes are open to these ideas.
  • Writing regularly online helps you to build an audience who is interested in what you have to share, and how you can help them. This is good for any business, anyone who is building a career, anyone who loves to socialize with others who are interested in similar things as them.

Thursday 11 April 2013

Mengapa mesti BERSANGKA BAIK?


Tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik;
Satu. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.
Dua. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.
Tiga. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?
Empat. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.
Lima. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa. 
Enam. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.
Tujuh. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa!
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
(Surah al-Hujurat, ayat 12)
"Kenapa dia tak bertudung? Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya."
"Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut."
"Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya."
"Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi."
"Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan."
Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.
Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.
Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi, terdengar bunyi dari rumah jiran. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri.
Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Wednesday 27 March 2013

Termakbulkah Doaku?


Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.
Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah.
Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan:
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas". (Surah al-'Araf, 55).
Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.
Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya.
Firman Allah:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).
FirmanNya juga:
"Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". (Surah Ghafir, 60).

Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.
Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya.
Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah.
Sabda Nabi s.a.w:
"Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa" (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya.
Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. 
Sabda Nabi s.a.w : "Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Mereka bertanya: Apa itu tergopoh-gapah ?. Baginda menjelaskan : Orang yang tergopoh-gapah apabila dia berkata aku sudah berdoa! aku telah pun berdoa! tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa"(Riwayat Muslim).
Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya.
Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia. Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain.
Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut.
Sabda Nabi s.a.w : "Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya". (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya'la dengan sanad yang sahih).
Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam.
Sabda Nabi s.a.w : "Doa itu adalah ibadah" (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak.
Firman Allah: (maksudnya): "Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka" (Surah al-Ahqaf, 5-6).
Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.
Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.
Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim.
Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.
Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.
Ditulis oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan dipetik daripada http://drmaza.com