Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 12 December 2012

Wishlist 2013

Wow. 18 days to new year. And this is the right time to review your 2012 wishlist and listing new resolution for 2013.

My wishlist for 2013 will start with 'Will Conceive in 2013". It seems that the way I listed my resolution is not correct. I should have projected it the way I want it.

It has to be CLEAR and SPECIFIC to the dot. It is like when you wish for a cake. It is very general, isn't it? If you were given a banana cake, you have to receive it, because..well you asked for it.

No no no, I asked for a chocolate moist cake. You will said it if it is not what you want. But, ponder for a while, what actually did I ask? I asked for a cake. Tak spesifik kan?

It is the same with doa and wishlist. Meste JELAS dan SPESIFIK.

Now, my 2013 Wishlists is:-

a) Health Pregnancy and Deliver a baby boy yang sempurna, bijak dan bertaqwa.
b) Rahim Auto memiliki 1 unit kedai pejabat di Jalan Suria dengan sewa bernilai RM3,000.00
c) Monthly side income from Auralife RM3,000.00.

Tuesday 23 October 2012

Year of Business

This year, we already spent more than RM20,000.00 for the sake of our business. Splurge it on education. Not formal though, more on training.

What we attend was crucial for our workshop. For those who don't know, we are entrepreneurs involved in workshop, specifically for cars. We deals with cars that met with accidents. But our part is mainly on mechanic. Yang ketuk and cat tu our partner.

In three years, we have travelled to ups and downs of our business. From a lone ranger, now we already have 2 mechanics. But our business seems to be stuck to that level. We want more. Why? So we can help more people from the profits that we made. we want to do more charity works, we want more so we can give it to our parents etc.

When we saw adverts in Harian Metro, terus register for free seminars and that was in January 2012. It was a big step for us as it made us a better person. More positive thinker, more self-assured, more confident and we know more of our potentials.  We signed up for advance class and platinum courses for both of us. Sama-sama belajar dan mengajar.

At first, it was more of support for my husband. Tapi lepas tu dah hooked dah. Mingling with millionaires who doesn't mind the volunteer works made me realized one thing, that is the more I give, the more I will get. And I never sign-up for volunteering work in my life, but after I went to these seminars, I understand that the wealth is actually a loan to us. Because we need to distribute it to those yang lebih berhak. That's why Islam suruh kita sentiasa bersedekah dan berzakat.

So, sambil ber TTC, sambil belajar dan mempraktikkan apa yang dipelajari.

And so readers, kalau ada apa-apa yang kami boleh bantu berkaitan kereta anda, do not hesitate to email me at tryingtoconceive2012@gmail.com. It is free advice, of course. It is ok if you just want to seek advice about your car.

Kepakaran kami adalah dalam membantu anda menyelenggara kereta secara berkala (periodic) dan khidmat nasihat percuma kepada semua pemilik dan pemandu kereta.

Jenguklah ke FB Page kami untuk mendapatkan tips-tips berkaitan penjagaan kereta.
www.facebook.com/RahimAuto

Sunday 26 August 2012

6th Hari Raya as a wife

Yippee..this year it's my kampung's turn. Very far from our home. Hehe no lah, only in Petaling Jaya. My friends always ask whether it is kampung jauh or kampung dekat. Jauh meaning Muar, Johor and dekat is here.

Best sebab takyah travel jauh masa puasa. Kena plak kalau sangkut dalam jam. Masak! Tapi kalau raya Muar, tak berapa penat and the food will be authentic raya dishes. Ketupat, rendang, lodeh, kuah kacang. Semuanya buat betul-betul, tak main instant like santan memang parut and perah, kerisik buat sendiri. Then the 'munjung' dishes pulak. For those who don't know, 'munjung' is where all neighbours will exchange theor raya dishes. I give you this something, you give me something. In the end, meja penuh dari hujung ke hujung.

But even though raya in PJ means I penat sikit, tapi memang best sebab:-

a) Solat Aidilfitri.
- Dapat buat and dengar khutbah raya and doa in between khutbah. Kalau kat Muar, kena buat sendiri sebab surau takde area untuk wanita :(

b) Jumpa kawan-kawan.
- Kat Muar takde. Of course la kan...

c) Masak ikut suka.
- Kalau kat Muar, takut sikit nak masak sebab SIL semua pandai masak. So I just tolong-tolong menyibuk kat dapur. Hehe.

d) Tunggu rumah
- Tak berjalan sebab my father is the oldest sibling remaining. Kakak and abang semua dah takde, so my uncle and cousins will singgah beraya. Kalau kat Muar, memang penuh berjalan one house after another. Best jugak tapi paling tak best kalau kena pi toilet.

Anyway, this Raya memang best. Sebabnya I dah terror, tak sentap pun bila orang tanya tentang anak and at the same time bersyukur.

Sebabnya, one cousin pun macam I, 5 years baru pregnant. But his husband asyik salahkan wifey, siap cakap kat mertua yang wifey ni memang mandul. Then always ikut kawan. Muka memang innocent (the wifey cakap), tapi meliar.

Then they were diduga dengan dugaan yang agak berat, that is firstborn tu OKU (macam cerebral palsy). Tak lama pregnant again, but husband dok main sms dengan another party. Pregnant again, husband sibuk dengan computer games. They were blessed with 6 children tapi dugaan macam-macam.

It made me bersyukur dengan keadaan masa ini. Mengharap tapi Allah knows best.

Like what she said, "Bila ada anak, sampai dah tak terkelola". She has to feed her first daughter, then her youngest, a boy, cried for his milk. Kena entertained sister dulu, dengan bujang melalak-lalak eventhough dah bagi milk. Kesian I tengok. Last-last I angkat baby tu bawak ke atas kat kipas. Sampai baby tu tidur, ayah dia buat tak kisah aje. Geram I tengok. Nasib baik girls yang lain ok, tak mengaruk.

Entahlah, but I doa yang bila kami dikurniakan zuriat, kerjasama suami isteri akan berterusan. I can handle, so can he. Except breastfeeding hehe. I want to be the best mommy for our children, insyaallah. Ameen.

Sunday 5 August 2012

Biskut Raya Derhaka!

I am working in Selangor, so today is a public holiday. Yeay :).

Bestnya duduk rumah after weekend yang penuh. We painted our main entrance door to white. I know the risks sebab akan hitam kat tombol but I don't care. Saw few neighbors painted their door with brown color, cantik tapi tak minat.

Then teman my sis mencari tilam terbest dengan bajet paling ciput. We went to Mattress Factory Outlet @ Seksyen 19 PJ. Check out their website here.  Penat but yang bestnya there's one Chaise Lounge red in color yang sangat best for only RM1,399.00. Tapi sebab rumah-ku-kecil-tak-sesuai-konsep, makanya husband kata lain kali.

Now I am baking cookies. Buttery Chocolate Chip Cookies. Baru siap 1 tray yang hanya boleh muat 9 cookies sahaja. Oven-kecil-sesuai-dengan-konsep-rumah-ku-kecil. Hahaha. But bersyukur sebab kalau gabak sangat, mana mau simpan? Takkan nak letak sebagai centre-piece? Hehehe.

Actually nak habiskan chocolate chips yang dah nak expire. Same goes to butter. But nak buat biskut yang senang, malas nak yang ada banyak bahan dan steps. So google dan terjumpa this recipe from Betty Crocker.

It has been a while since I bake. So tak sure whether the skill is there or has been taken over by alien name LAZYNESS.

Dah 2 tray bakar, first one keseng sikit bawahnya. Ala tergaring sikit aka hangus. 2nd tray pulak macam putih aje.

Ni tengah 3rd tray.

Here's the recipe: Buttery Chocolate Chip Cookies



1 1/2
cups butter or margarine, softened
1 1/4
cups granulated sugar
1 1/4
cups packed brown sugar
1
tablespoon vanilla
2
eggs
4
cups Gold Medal® all-purpose flour
2
teaspoons baking soda
1
teaspoon salt
1
package (24 ounces) semisweet chocolate chips (4 cups)

  • 1Heat oven to 350ºF. Mix butter, sugars, vanilla and eggs in large bowl using spoon. Stir in flour, baking soda and salt. Stir in chocolate chips.
  • 2Drop dough by rounded measuring tablespoonfuls about 2 inches apart onto ungreased cookie sheet.
  • 3Bake 12 to 15 minutes or until light brown. Cool slightly. Remove from cookie sheet to wire rack; cool.

  • P/s:  I adjust sikit the recipe. Instead of 4 cups of chocolate chips, I buat 1 cup white choc chips, 1 cup of almond nibs and 2 cups of choc chips.


Sunday 29 July 2012

Mimpi Ramadhan & Harapan

This morning, I woke up with a lethargic feeling. Hehe tau tak baik tidur lepas Subuh but can't help it. Nanti langsung tak boleh buat kerja, terhoyong hayang rasa melayang.

Always, tidur lepas solat Subuh, but now I am on ABC mode. Nak tidur, recite du'a and shalawat as many as I can. Tidur tapi macam tak tidur. Sebabnya? MIMPI.

I remember I was driving and I saw a boy, around 6-7 years old was cycling. Belakang seat dia ada satu bungkusan, and when I looked hard, it was a baby. Cute sangat. So I stopped the boy and send him to his house. Tapi macam rumah orang susah, rumah kecil orang ramai. Then macam I yang bawa balik the baby. I remember I was so happy.

Sekarang I tengah period and it started on Saturday, 28th July 2012. And now I berdoa agar kami berdua subur and dimudahkan everything that related to conceiving action and hopefully conceive in this holy month. Ameen.

Friday 27 July 2012

Loosing it hard

What?


My mojo to write. Terasa malas betul kali ini. It's just because I didn't have any news to share. But ada cerita kelakar nak coret di sini, just for my memories.


Last month, we decided to proceed with IUI when we were having menses. So I called Klinik and set the date. So bila dah dapat, terus call Mr ARK and told him the news. He agreed and then he asked "Berapa kosnya?". Haha I totally forgotten about this. The most important information. "Er..ayang tak tau. Nanti call."


Called again *blush* and asked about the cost. I thought it will be around RM400. Sekali nurse kata "RM700.00 untuk prosedur IUI". Terkedu terus hehe.


Then called my friend, she did IUI before. She told me it depends actually, but she spent about RM1k++ for this procedure. Erk second time.


Hm...bagitau Mr ARK, then dia pun terdiam. Sebab memang tak bajet that high, so dia kata tangguh dulu. Money reason and also dia tengah sangat busy, tak boleh nak attend I sangat after IUI. Lagipun dah nak Ramadhan, memang macam suntuk sangat. But I believe bukan our rezeki to do it. Kami pulak baru belanja sakan untuk raya. Malas nak keluar masa puasa nanti.


I redha. Allah has better plan for us. Kita mesti bersangka baik dengan Allah, kerana Dia Maha Mengetahui. I like this artikel from iluvislam.com. Antara petikan artikel yang saya suka nak share adalah ini:-



Namun yang sebenarnya, semua itu ditakdirkan sebegitu kerana Dia Maha Mengetahui bahawa hati yang pernah di'ratah' dengan kesedihan, jiwa yang di'baham' dengan penderitaan, akan ada satu masa pasti akan mencari tempat pergantungan, dan disitulah seorang hamba yang benar-benar beriman akan kembali kepadaNya dalam kehidupan. Dia mengetahui hati dan jiwa sebegini akan lebih dekat dan akrab denganNya dengan merintih dan memohon kepadaNya.
Kekadang Allah takdirkan ujian dan dugaan untuk menyedarkan kembali jiwa-jiwa yang lalai dan hati yang terleka agar kembali semula kepadaNya. Adakalanya musibah itu terjadi untuk menyedarkan jiwa dan hati diatas perbuatan-perbuatan kita. Dan adakalanya juga, musibah yang menimpa hidup kita itu tanda kerinduan Allah untuk mendengar luahan hati kita lantaran sunyinya hati kita dari berdoa, meminta kepada Allah.
Betapa hebatnya perancangan dan ketentuan Allah Ta'ala, tidak mengira tempat dan juga masa, setiap detik yang Dia ciptakan pasti ada rahmat dan hikmah yang terkandung disebaliknya. Namun hanya orang terbuka hatinya yang mampu mencari hikmat tersebut. Oleh itu, sucikanlah hati dan bersihkan lah jiwa, agar hati kita sentiasa terbuka dengan hidayahNya.
Usahlah berdukacita dengan kesusahan dan penderitaan, kerana disebaliknya ada rahmat dan hikmah yang tersembunyi dalam kehidupan. Dan janganlah juga terlalu bergembira dengan kebahagiaan dan kesenangan, kerana tidak mustahil disebaliknya sedang menanti diakhirnya penderitaan dan kesengsaraan.

Take care dear.

Thursday 5 July 2012

Fuh Fuh Fuh

It has been a while. I am having a writer's block. A lot to story but tak larat. So many things to do. Balik malam jam 930pm dah tidur. Hehe.


But here's something to lift our mood. Enjoy and Happy Weekend Ladies!



Tuesday 19 June 2012

Word for Wednesday


Search for it dear all TTCians!


Wednesday 13 June 2012

I hate it! Adakah stress in ipenyumbang infertility?

YA!


Wednesday 6 June 2012

Senyum

Senyumlah kerana bila anda senyum,

anda sebenarnya sedang bersedekah,

anda sedang menarik 

kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, 

kejayaan dan keberkatan 

ke dalam hidup anda!

Tuesday 5 June 2012

Dugaan yang diterima dengan redha

Period. Tapi redha. Terima ketentuan Yang Maha Mengetahui.


I think my infertility situation is because of stress. I have improved in managing the stress but belum ada rezeki.


I am trying a new method. Herbs. I wanna try NR product. It seems that NR herbs will cleanse your womb and readying it for conceiving. Insyaallah.


If this method fails, we will try IUI.


Insyaallah.



Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way

Show me the way
Show me the way
Show me the way

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Tuesday 22 May 2012

Putus asa

Jangan begitu rakan-rakan sekalian. Kita kena bersyukur kerana kita diuji. Kerana Allah ingat pada kita, 
sayang pada kita. Sekarang kita kena bersabar dan bersolat. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Ayat terakhir dari Surah Al-Imran, ayat 200 .


Maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Saya dapat dari blog ini. Thanks sis.

Wednesday 9 May 2012

Gossip Panas...


Thursday 3 May 2012

Semalam adalah kenangan

Yesterday started great for me. I managed to do some charity work. Felt great about it. But it all ended at about 5pm.

I was hurt by the accusation. A simple sentence sliced my heart. But I was strong. I managed not to succumb to cry when driving. But once reach home, the tears started to drop.

Terus naik katil dan tersedu-sedan. About 5 minutes, I woke up and take a bath, with hope to cool down and stop hurting. But tak jalan. My last bilasan mandi, I mandi dengan air garam, hoping that my aura akan ok. Tapi tak jalan. Took my ablution and straight away bentang sejadah and pakai telekung. Tried to recite zikr. Dapat tapi dalam teresak-esak. Tak pernah rasa sesedih ini. Putus cinta pun tak macam ni, I tell you. Siap doa agar buangkanlah rasa kecil hati ni, tapi Allah duga I lagi.

Husband balik, dia peluk I. Tried to console me tapi knowing his wife, lagi dia pujuk lagi I nanges. huhu. Then I cooled down kejap. Bila tengok I dah tenang, dia tanya, but questions dia just like 'yes' 'no' la. Tapi I nangis lagi. Sedih sangat sampai tak boleh cakap tentang hal tu.

After solat Maghrib, I baring atas katil. Tak lama I tertidur. Mata memang bengkak ar, tak yah cakap. Tapi bila bangun pagi tadi, masih mengantuk lagi. Then my mom called. Instinct ibu kan? Tau aje anak dia dalam kesedihan. Cakap ngan my mom terus nangis. Tapi dah boleh cerita walaupun teresak-esak :p

My mom beri kata-kata semangat and strategies to counterstrike :). Then kat office, husband sms kata-kata hikmah dia lagi. Kalau ikutkan hati, memang taknak datang. Tapi my mom kata kena kuatkan semangat. Kalau ikutkan hati, resign 24 jam. Tapi I takde sampai RM15k untuk 3-months notice :(.

Alhamdulillah, kebenaran terbukti hari ini. And I counterstrike dengan email yang memuaskan hati I. Kata-kata I tak kasar, tapi tegas dan berhemah. Good job, Mrs Ark :)

Sunday 29 April 2012

Strategi Hati Menambah Rezeki

Apakah amalan-amalan untuk menambahkan rezeki? Sebenarnya rezeki kita boleh bertambah dengan segera. Macam mana?


First thing, kita kena luaskan pengertian rezeki. Jangan kita limitkan rezeki tu pada wang ringgit sahaja. Kebahagiaan, kesihatan, ilmu, masa, sahabat, even idea pun actually rezeki. Bernafas pun rezeki juga. Senyum pun rezeki tau. Dapat bangun berdiri pun rezeki juga. Kemampuan untuk bersolat, untuk berdoa pun rezeki juga. Jadi sebenarnya, apa jua yang datang dari Allah adalah rezeki.


Bila kita dah aware tentang maksud rezeki, next step adalah jalinkan silaturrahim. Selain menjaga tali dengan orang yang kita suka, kita juga digalakkan untuk menghubungi orang yang memutuskan silaturrahim dengan kita. Orang tak suka, kita datang. Orang benci, kita merendah diri dan meminta maaf.


Langkah ketiga adalah dengan memberi. Lagi banyak kita beri, lagi banyak Allah tambahkan rezeki kita. The more we give, the more we get. Syokkan? Kalau kita ada RM10, kita sedekah RM5. Walaupun kita hanya tinggal RM5, tapi di sisi Allah, wang kita dah bertambah. Malah dikalikan dengan 700 kali. Setiap harta yang dibelanjakan pada jalan Allah diumpamakan akan menumbuhkan 7 tangkai dan setiap tangkai akan membuahkan 100 biji. Maksudnya rezeki kita akan bertambah 700 kali ganda.


Lastly, untuk menambahkan rezeki, kita hendaklah bersyukur. Hanya dengan bersyukur, rezeki akan bertambah. Ucapkanlah Alhamdulillah, yang bermaksud Segala puji bagi Allah. Then, syukur dengan hati. rasakan yang rezeki tu adalah kurniaan Allah. And then syukur dengan tindakan. Gunakan kekayaan tersebut untuk kita membantu orang lain, iaitu berzakat dan bersedekah. Orang yang bersyukur juga akan berlapang dada, dia rasa cukup dengan apa yang dia ada. Bila kita rasa tenang, happy, kita think positive always,kebaikan akan datang pada kita. The Law of Attraction kata, positive attracts positive, while negativity will always attracts negative things.


Alhamdulillah, setakat ini sharing Odah. Semoga apa yang Odah tulis ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada kita semua.


*sumber: Solusi Isu No. 42.


*sumber: sini.

Thursday 26 April 2012

Mandi Hujan

Recently, I met with a great lady. At 8 months pregnant, with high risk pregnancy, it didn't stop her to go to a 'majlis elmu' by our devoted mentor.

When I told her I haven't been blessed with children, she smiled and told me not to give up. Ever. Just keep on trying and keep on praying and again, never give up.

Then she told me satu petua, she heard it from her Tuan Guru. At first I laughed. But then, she recited an aayah and it made me think. Then decided, what the heck. I've tried petua mengarut, then apa salahnya buat ni?

And for record, her Tuan Guru is The Honourable Dato' Harun Din.

She told me to mandi hujan sampai basah. Kelakar, kan? But it will help fertilised your body, based from this aayah.



Surah AlHajj. Ayat 063




Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbirNya), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan hal-ehwal sekalian makhlukNya).


Surah AnNahl. Ayat 065.


Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya).

And we did it. Kebetulan that week memang hujan waktu petang. And we arrived at the same time. So just like lepak in the rain. Hehe. Memang syok oooo, macam kids dulu-dulu. Cuma mak je tak jerit suruh masuk rumah.

It was fun. And when we smile, serotonin akan keluar, made us happy. Seronok. And bahan kimia pun dikeluarkan ;P.

So friends, just try it la kan? Simple method but fun and exhilarating.

Monday 23 April 2012

Doa bila merajuk dengan husband

Ya Allah
Tuhan yang menemani setiap yang berseorangan,
yang menemani setiap yang kesepian,
Yang Maha hampir tidak jauh,
Yang Berkuasa tidak mampu diatasi.

Wahai Yang Maha Hidup,
Wahai Yang Berdiri Sendiri,
Wahai Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.

Ameen.


*Riwayat al-Dailami daripada Anas bin Malik r.a.

*Note: dari buku "Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari".

Sunday 22 April 2012

I just love Dr Hamid Arshad..

This was on his wall today.


Jangan putus asa
walaupun telah banyak berusaha
dan belanja
untuk rawatan bagi dapatkan zuriat.

Terus berusaha ,
berdoa dan
tawakkal kpd Yang Maha Agong
Pencipta kita
iaitu Allah SWT.

Kuatkan azam
dan tekun
mengubah caragaya hidup
demi untuk subur.

As a normal human being, it is normal to feel sad when Allah didn't answer our prayer. It is okay to feel angry when our wishes didn't came true.

I went to a great seminar today. And I was reminded why we are here. Why we are the chosen ones to be tested.

Remember friends, the rule of thumb in life is DO NOT GIVE UP.

My mentor solat hajat every day for 4 months and berdoa kepada Allah untuk tunjukkan jalan terbaik untuk meneruskan hidup dia.

4 months kawan-kawan. And it made me realised, Allah beri 24 jam sehari. Berapa minit saya luangkan masa untuk Allah, selain dari solat yang wajib 5 waktu?

How grateful I am atas kurniaan Dia Yang Maha Esa tanpa meminta sebarang bayaran? Bayangkanlah, kalau setiap kali menarik nafas kita kena bayar 10 sen? Just by being alive, being able to breath normally, kita kena bersyukur. Dan bersyukur bukan hanya di mulut sahaja. Tetapi perlulah serentak antara mulut, hati, akal dan tindakan kita.

And the 4 PRINCIPLE OF LIFE is:

a) Apa yang saya FIKIR

b) Apa yang saya RASA

c) Apa yang saya CAKAP

d) Apa yang saya BUAT!

Semuanya adalah DOA..

Friday 20 April 2012

Agar terhindar daripada mendapat zuriat yang JAHAT

Ya Allah,
sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu
daripada kejahatan pendengaranku,
kejahatan penglihatanku,
kejahatan lidahku,
kejahatan hatiku
dan kejahatan air maniku.


Amalan:-

Selain daripada berdoa memohon agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah, kita juga dianjurkan berdoa dengan doa di atas.  Kajian psikologi semasa berasaskan temuduga dalam sesi kaunseling dan bimbingan kekeluargaan mendedahkan ramai anak yang bermasalah berpunca daripada ibu bapa yang tidak menjaga adab dan akhlak.

*sumber dari buku Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari.




Apabila Berhadapan dengan Perkara yang Rumit dalam Rumahtangga

Maksudnya: Wahai Tuhanku, hukumlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah Yang Memberi Rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.
(Surah al-Anbiya': 112)

Para suami dan isteri juga boleh mengamalkan doa ini ketika berhadapan dengan masalah atau kerumitan dalam rumahtangga. Berdoalah agar Allat s.w.t mengikat hati-hati setiap pasangan agar sentiasa saling mencintai dan menyayangi.

Friday 6 April 2012

Another Du'a for TTCians!


One good thing when surrounded with TTCian friends, banyak info baru akan kita dapat. And kemudian kita share dengan ramai yang lain, mana tau dapat membantu menyelesaikan masalah kita semua.

So ini I dapat dari blog Dessert of Life. Do check out her blog, friends!
**********************************************************************************
To those who wish to pregnant, baca surah Sajadah (7-9), especially lepas abih jer period and after ‘bersama’..(mcm kite yg buat treatment nie (IUI,IVF etc), rasanya recite after the procedure kut). 
Baca dlm kiraan ganjil.
Then on ayat no 9, ‘Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya’… baca 3X / 7x sambil sapu kat perut.

Ayat ke 7: 

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Ayat ke 8:

Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang; 

Ayat ke 9:

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Thursday 5 April 2012

Jangan Kita Buat Salah Sebegini..

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa.

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak.

Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi)

Contohnya seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif

* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak

* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas

* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah

* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak

* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang

* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah

* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton

* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak

* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Monday 2 April 2012

Sampai Bila??

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda: ”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang: ”Apa maksudnya meminta dicepatkan?” Jawab baginda: ”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:  Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”


=======================================================================



Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Telah berkata Malaikat Jibril AS: “Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah maksud dan hajat hamba-Mu si fulan … Maka Allah SWT menjawab: “Biarkan hamba-Ku itu, kerana Aku mencintai suaranya (yang selalu bermohon dan meratap kepada-Ku)”.
Hadis ini begitu dalam maknanya iaitu tentang hubungan sulit dan rahsia antara hamba dengan Allah SWT. Sesiapapun tidak berhak mengganggu-gugat kekuatan cinta keduanya. Disebabkan cinta manusia yang mengharap dan berdoa dan kerana rahmat-Nya juga Dia merindui ratapan dan rayuan si hamba.
Telah kering air mata pengharapan, jatuh membanjiri dinding hati, yang memegang janji-Mu Ilahi. Adakah doa ini tiada didengar ataukah kekotoran roh yang menghijab kurniaan Allah? Tangisan dan rintihan rupanya tidak sia-sia, tetapi umpama bisikan rindu yang dikasihi al-Rahman.
Jika kita boleh memilih dan berkuasa atas kehidupan kita sendiri maka segala-galanya akan tercipta sesuai dengan keinginan kita, tetapi kita tidak berhak atas hidup yang seperti ini kerana yang mencipta dan memilih adalah Allah sahaja. Sebagai hamba yang lemah dan amat bergantung kepada belas ihsan-Nya kita hanya boleh berusaha dan berdoa. Allahlah yang akan menentukan apa yang terbaik bagi diri kita. Firman Allah SWT: “Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkannya berlaku dan Dialah juga yang memilih, tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya dari apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. Dan Tuhanmu Mengetahui dari apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan.” (Surah al-Qasas: Ayat 68-69)
Mengapa manusia cepat berputus asa ketika berdoa? Bukankah doa itu adalah sebagai ujian keimanan bagi mereka yang bersungguh-sungguh bermujahadah. Alangkah ruginya orang yang berhenti berdoa kerana merasa jemu menunggu dan menunggu harapan yang tak terjawab. Bukankah doa Nabi Musa dan Harun AS pada Ayat 88 surah Yunus yang berisi tentang permintaan keduanya agar Firaun dibinasakan akhirnya terjawab setelah 40 tahun berdoa? Kalau anda tidak sesabar Nabi Allah Musa dan Harun, eloklah anda teliti hadis berikut ini.
Diriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri RA; Bahawa telah bersabda Nabi SAW: “Tidak ada seorang Muslim yang membaca doa di mana tiada pada doanya itu hal-hal yang menimbulkan dosa dan memutuskan hubungan silaturrahim melainkan Allah pasti akan memberikan kepada orang itu dengan doanya salah satu dari tiga macam. Adakalanya Allah segera memperkenankan doanya. Adakalanya doanya itu dijadikan oleh Allah sebagai simpanan pahala di akhirat. Dan adakalanya Allah memalingkan dan menghindarkan sebarang kejahatan (bala dan bencana) daripada orang tersebut sesuai dengan doanya.” Berkata para sahabat: Kalau begitu lebih baik kita memperbanyakkan doa! Nabi SAW bersabda: Allah SWT akan memperbanyakkan pemberian-Nya. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim, katanya semua perawinya adalah sahih)
Tidak sedikitpun kerugian akan berlaku jika anda sering memanjatkan doa. Yang pasti, tiga janji akan Allah SWT berikan kepada mereka yang bersungguh-sungguh berdoa. Akan tetapi perlu diingat ada faktor-faktor yang boleh menjejaskan doa itu daripada dikabulkan oleh Allah SWT, iaitu:
1. Terburu-buru dan berputus asa.
Nabi SAW bersabda: Doa salah seorang daripada kamu akan diperkenankan oleh Allah asal saja seseorang itu tidak terburu-buru lalu ia mengatakan: Aku telah berdoa tetapi doaku belum diperkenankan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2. Menggunakan rezeki dari sumber yang haram.
Nabi SAW bersabda dengan menyebut tentang seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut rambutnya, berdebu badannya, mengangkat kedua tangannya ke atas langit sambil berdoa: Ya Rabbi, Ya Rabbi, sedangkan makanannya dari harta yang haram, minumannya dari harta yang haram, pakaianannya dari harta yang haram dan mulutnya disuapkan makanan yang haram, maka bagaimana akan diperkenankan doanya?” (Hadis riwayat Muslim).
Teruskanlah meminta dan berharap kepada Allah kerana Ia tidak pernah menyalahi janji-Nya. Yang perlu diingat ialah bukan anda yang memilih apa yang akan terjadi pada diri anda tetapi Allahlah yang berhak memilihkannya untuk anda. Begitu juga dengan persoalan bilakah masanya Allah akan mengabulkan doa anda itu? Ia adalah hak Allah semata-mata kerana Dia Maha Mengetahui masa yang paling sesuai dan baik untuk diberikannya apa yang anda minta daripada-Nya