Kesilapan Kita
Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa
mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran
Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik
(Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan
solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa
membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak
membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada
Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang
menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa
kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib
(menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi)
Contohnya seperti:
* menakutkan anak-anak dengan
sekolah
* menakutkan dengan tempat
gelap
* menakutkan dengan hutan
rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan
paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan
anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun
kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak
dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang
antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan
minda dari pendidikan rohani.
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua
anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung
cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari
Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’
bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya
Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium
seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata:
“Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat
Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan
kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian
yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian
secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut
dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah,
beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah
menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat
yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan
mendidik adalah satu Sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan
model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang
berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan
sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan
akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang
dari ibu bapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok
sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun
sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada
anak-anak yang sedang membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan
yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan
dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini
menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan
perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh
merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu
rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di
akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita
untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah
menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun,
64:15)