My mojo to write. Terasa malas betul kali ini. It's just because I didn't have any news to share. But ada cerita kelakar nak coret di sini, just for my memories.
Last month, we decided to proceed with IUI when we were having menses. So I called Klinik and set the date. So bila dah dapat, terus call Mr ARK and told him the news. He agreed and then he asked "Berapa kosnya?". Haha I totally forgotten about this. The most important information. "Er..ayang tak tau. Nanti call."
Called again *blush* and asked about the cost. I thought it will be around RM400. Sekali nurse kata "RM700.00 untuk prosedur IUI". Terkedu terus hehe.
Then called my friend, she did IUI before. She told me it depends actually, but she spent about RM1k++ for this procedure. Erk second time.
Hm...bagitau Mr ARK, then dia pun terdiam. Sebab memang tak bajet that high, so dia kata tangguh dulu. Money reason and also dia tengah sangat busy, tak boleh nak attend I sangat after IUI. Lagipun dah nak Ramadhan, memang macam suntuk sangat. But I believe bukan our rezeki to do it. Kami pulak baru belanja sakan untuk raya. Malas nak keluar masa puasa nanti.
I redha. Allah has better plan for us. Kita mesti bersangka baik dengan Allah, kerana Dia Maha Mengetahui. I like this artikel from iluvislam.com. Antara petikan artikel yang saya suka nak share adalah ini:-
Namun yang sebenarnya, semua itu ditakdirkan sebegitu kerana Dia Maha Mengetahui bahawa hati yang pernah di'ratah' dengan kesedihan, jiwa yang di'baham' dengan penderitaan, akan ada satu masa pasti akan mencari tempat pergantungan, dan disitulah seorang hamba yang benar-benar beriman akan kembali kepadaNya dalam kehidupan. Dia mengetahui hati dan jiwa sebegini akan lebih dekat dan akrab denganNya dengan merintih dan memohon kepadaNya.
Kekadang Allah takdirkan ujian dan dugaan untuk menyedarkan kembali jiwa-jiwa yang lalai dan hati yang terleka agar kembali semula kepadaNya. Adakalanya musibah itu terjadi untuk menyedarkan jiwa dan hati diatas perbuatan-perbuatan kita. Dan adakalanya juga, musibah yang menimpa hidup kita itu tanda kerinduan Allah untuk mendengar luahan hati kita lantaran sunyinya hati kita dari berdoa, meminta kepada Allah.
Betapa hebatnya perancangan dan ketentuan Allah Ta'ala, tidak mengira tempat dan juga masa, setiap detik yang Dia ciptakan pasti ada rahmat dan hikmah yang terkandung disebaliknya. Namun hanya orang terbuka hatinya yang mampu mencari hikmat tersebut. Oleh itu, sucikanlah hati dan bersihkan lah jiwa, agar hati kita sentiasa terbuka dengan hidayahNya.
Usahlah berdukacita dengan kesusahan dan penderitaan, kerana disebaliknya ada rahmat dan hikmah yang tersembunyi dalam kehidupan. Dan janganlah juga terlalu bergembira dengan kebahagiaan dan kesenangan, kerana tidak mustahil disebaliknya sedang menanti diakhirnya penderitaan dan kesengsaraan.
Take care dear.
Hai Mrs ARK, boleh tak add sy kat fb niazara254@gmail.com...i dh berjaya beat pcos...ada benda i nak share dgn u...
ReplyDeleterasa tenang hati baca petikan artikel tu..dugaan ini banyak mengajar saya..
ReplyDeleteNia,
ReplyDeletethanks dear. nanti I add you.
Bouncing and Cherubic,
ReplyDeleteBetul. Simple tapi tepat.