Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 11 April 2013

Mengapa mesti BERSANGKA BAIK?


Tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik;
Satu. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.
Dua. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.
Tiga. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?
Empat. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.
Lima. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa. 
Enam. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.
Tujuh. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa!
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
(Surah al-Hujurat, ayat 12)
"Kenapa dia tak bertudung? Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya."
"Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut."
"Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya."
"Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi."
"Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan."
Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.
Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.
Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi, terdengar bunyi dari rumah jiran. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri.
Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Wednesday, 27 March 2013

Termakbulkah Doaku?


Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.
Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah.
Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan:
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas". (Surah al-'Araf, 55).
Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.
Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya.
Firman Allah:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).
FirmanNya juga:
"Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". (Surah Ghafir, 60).

Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.
Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya.
Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah.
Sabda Nabi s.a.w:
"Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa" (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya.
Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. 
Sabda Nabi s.a.w : "Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Mereka bertanya: Apa itu tergopoh-gapah ?. Baginda menjelaskan : Orang yang tergopoh-gapah apabila dia berkata aku sudah berdoa! aku telah pun berdoa! tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa"(Riwayat Muslim).
Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya.
Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia. Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain.
Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut.
Sabda Nabi s.a.w : "Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya". (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya'la dengan sanad yang sahih).
Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam.
Sabda Nabi s.a.w : "Doa itu adalah ibadah" (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak.
Firman Allah: (maksudnya): "Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka" (Surah al-Ahqaf, 5-6).
Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.
Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.
Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim.
Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.
Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.
Ditulis oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan dipetik daripada http://drmaza.com

Wednesday, 13 March 2013

Sumber Inspirasi atau Depresi

Saya sangat suka dengan 'caption' ini. Adakah anda menjadi sumber inspirasi atau sumber depresi?

Saya berdoa agar saya menjadi sumber inspirasi kepada semua.


Wednesday, 12 December 2012

Wishlist 2013

Wow. 18 days to new year. And this is the right time to review your 2012 wishlist and listing new resolution for 2013.

My wishlist for 2013 will start with 'Will Conceive in 2013". It seems that the way I listed my resolution is not correct. I should have projected it the way I want it.

It has to be CLEAR and SPECIFIC to the dot. It is like when you wish for a cake. It is very general, isn't it? If you were given a banana cake, you have to receive it, because..well you asked for it.

No no no, I asked for a chocolate moist cake. You will said it if it is not what you want. But, ponder for a while, what actually did I ask? I asked for a cake. Tak spesifik kan?

It is the same with doa and wishlist. Meste JELAS dan SPESIFIK.

Now, my 2013 Wishlists is:-

a) Health Pregnancy and Deliver a baby boy yang sempurna, bijak dan bertaqwa.
b) Rahim Auto memiliki 1 unit kedai pejabat di Jalan Suria dengan sewa bernilai RM3,000.00
c) Monthly side income from Auralife RM3,000.00.

Tuesday, 23 October 2012

Year of Business

This year, we already spent more than RM20,000.00 for the sake of our business. Splurge it on education. Not formal though, more on training.

What we attend was crucial for our workshop. For those who don't know, we are entrepreneurs involved in workshop, specifically for cars. We deals with cars that met with accidents. But our part is mainly on mechanic. Yang ketuk and cat tu our partner.

In three years, we have travelled to ups and downs of our business. From a lone ranger, now we already have 2 mechanics. But our business seems to be stuck to that level. We want more. Why? So we can help more people from the profits that we made. we want to do more charity works, we want more so we can give it to our parents etc.

When we saw adverts in Harian Metro, terus register for free seminars and that was in January 2012. It was a big step for us as it made us a better person. More positive thinker, more self-assured, more confident and we know more of our potentials.  We signed up for advance class and platinum courses for both of us. Sama-sama belajar dan mengajar.

At first, it was more of support for my husband. Tapi lepas tu dah hooked dah. Mingling with millionaires who doesn't mind the volunteer works made me realized one thing, that is the more I give, the more I will get. And I never sign-up for volunteering work in my life, but after I went to these seminars, I understand that the wealth is actually a loan to us. Because we need to distribute it to those yang lebih berhak. That's why Islam suruh kita sentiasa bersedekah dan berzakat.

So, sambil ber TTC, sambil belajar dan mempraktikkan apa yang dipelajari.

And so readers, kalau ada apa-apa yang kami boleh bantu berkaitan kereta anda, do not hesitate to email me at tryingtoconceive2012@gmail.com. It is free advice, of course. It is ok if you just want to seek advice about your car.

Kepakaran kami adalah dalam membantu anda menyelenggara kereta secara berkala (periodic) dan khidmat nasihat percuma kepada semua pemilik dan pemandu kereta.

Jenguklah ke FB Page kami untuk mendapatkan tips-tips berkaitan penjagaan kereta.
www.facebook.com/RahimAuto

Sunday, 26 August 2012

6th Hari Raya as a wife

Yippee..this year it's my kampung's turn. Very far from our home. Hehe no lah, only in Petaling Jaya. My friends always ask whether it is kampung jauh or kampung dekat. Jauh meaning Muar, Johor and dekat is here.

Best sebab takyah travel jauh masa puasa. Kena plak kalau sangkut dalam jam. Masak! Tapi kalau raya Muar, tak berapa penat and the food will be authentic raya dishes. Ketupat, rendang, lodeh, kuah kacang. Semuanya buat betul-betul, tak main instant like santan memang parut and perah, kerisik buat sendiri. Then the 'munjung' dishes pulak. For those who don't know, 'munjung' is where all neighbours will exchange theor raya dishes. I give you this something, you give me something. In the end, meja penuh dari hujung ke hujung.

But even though raya in PJ means I penat sikit, tapi memang best sebab:-

a) Solat Aidilfitri.
- Dapat buat and dengar khutbah raya and doa in between khutbah. Kalau kat Muar, kena buat sendiri sebab surau takde area untuk wanita :(

b) Jumpa kawan-kawan.
- Kat Muar takde. Of course la kan...

c) Masak ikut suka.
- Kalau kat Muar, takut sikit nak masak sebab SIL semua pandai masak. So I just tolong-tolong menyibuk kat dapur. Hehe.

d) Tunggu rumah
- Tak berjalan sebab my father is the oldest sibling remaining. Kakak and abang semua dah takde, so my uncle and cousins will singgah beraya. Kalau kat Muar, memang penuh berjalan one house after another. Best jugak tapi paling tak best kalau kena pi toilet.

Anyway, this Raya memang best. Sebabnya I dah terror, tak sentap pun bila orang tanya tentang anak and at the same time bersyukur.

Sebabnya, one cousin pun macam I, 5 years baru pregnant. But his husband asyik salahkan wifey, siap cakap kat mertua yang wifey ni memang mandul. Then always ikut kawan. Muka memang innocent (the wifey cakap), tapi meliar.

Then they were diduga dengan dugaan yang agak berat, that is firstborn tu OKU (macam cerebral palsy). Tak lama pregnant again, but husband dok main sms dengan another party. Pregnant again, husband sibuk dengan computer games. They were blessed with 6 children tapi dugaan macam-macam.

It made me bersyukur dengan keadaan masa ini. Mengharap tapi Allah knows best.

Like what she said, "Bila ada anak, sampai dah tak terkelola". She has to feed her first daughter, then her youngest, a boy, cried for his milk. Kena entertained sister dulu, dengan bujang melalak-lalak eventhough dah bagi milk. Kesian I tengok. Last-last I angkat baby tu bawak ke atas kat kipas. Sampai baby tu tidur, ayah dia buat tak kisah aje. Geram I tengok. Nasib baik girls yang lain ok, tak mengaruk.

Entahlah, but I doa yang bila kami dikurniakan zuriat, kerjasama suami isteri akan berterusan. I can handle, so can he. Except breastfeeding hehe. I want to be the best mommy for our children, insyaallah. Ameen.

Sunday, 5 August 2012

Biskut Raya Derhaka!

I am working in Selangor, so today is a public holiday. Yeay :).

Bestnya duduk rumah after weekend yang penuh. We painted our main entrance door to white. I know the risks sebab akan hitam kat tombol but I don't care. Saw few neighbors painted their door with brown color, cantik tapi tak minat.

Then teman my sis mencari tilam terbest dengan bajet paling ciput. We went to Mattress Factory Outlet @ Seksyen 19 PJ. Check out their website here.  Penat but yang bestnya there's one Chaise Lounge red in color yang sangat best for only RM1,399.00. Tapi sebab rumah-ku-kecil-tak-sesuai-konsep, makanya husband kata lain kali.

Now I am baking cookies. Buttery Chocolate Chip Cookies. Baru siap 1 tray yang hanya boleh muat 9 cookies sahaja. Oven-kecil-sesuai-dengan-konsep-rumah-ku-kecil. Hahaha. But bersyukur sebab kalau gabak sangat, mana mau simpan? Takkan nak letak sebagai centre-piece? Hehehe.

Actually nak habiskan chocolate chips yang dah nak expire. Same goes to butter. But nak buat biskut yang senang, malas nak yang ada banyak bahan dan steps. So google dan terjumpa this recipe from Betty Crocker.

It has been a while since I bake. So tak sure whether the skill is there or has been taken over by alien name LAZYNESS.

Dah 2 tray bakar, first one keseng sikit bawahnya. Ala tergaring sikit aka hangus. 2nd tray pulak macam putih aje.

Ni tengah 3rd tray.

Here's the recipe: Buttery Chocolate Chip Cookies



1 1/2
cups butter or margarine, softened
1 1/4
cups granulated sugar
1 1/4
cups packed brown sugar
1
tablespoon vanilla
2
eggs
4
cups Gold Medal® all-purpose flour
2
teaspoons baking soda
1
teaspoon salt
1
package (24 ounces) semisweet chocolate chips (4 cups)

  • 1Heat oven to 350ºF. Mix butter, sugars, vanilla and eggs in large bowl using spoon. Stir in flour, baking soda and salt. Stir in chocolate chips.
  • 2Drop dough by rounded measuring tablespoonfuls about 2 inches apart onto ungreased cookie sheet.
  • 3Bake 12 to 15 minutes or until light brown. Cool slightly. Remove from cookie sheet to wire rack; cool.

  • P/s:  I adjust sikit the recipe. Instead of 4 cups of chocolate chips, I buat 1 cup white choc chips, 1 cup of almond nibs and 2 cups of choc chips.